Ancaman Bom Di Midvalley Southkey Johor Bahru. Apa Cerita?

Team Sentap

ancaman bom midvalley southkey sogo

Terkejut dan ketakutan. Itulah perasaan yang dialami oleh 9000 pengunjung pasar raya Sogo Midvalley Southkey apabila mereka diberitahu tentang ancaman bom.

Shazz Rahman, pengguna laman Tiktok yang berada di lokasi kejadian, berkongsi video berdurasi 1:32 saat itu.

Dalam rakaman itu, orang yang datang ke bangunan dan kakitangan kelihatan panik dan berlari keluar.

Di penghujung video, jentera bomba dilihat memasuki pekarangan pasar raya untuk melakukan siasatan dan mengawal keadaan.

Asisten Komisioner Raub Selamat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, mengesahkan bahawa mereka telah menerima laporan tersebut.

Dia menyatakan bahawa pada jam 5.38 minit petang, pihak pengurusan bangunan menerima panggilan daripada seorang lelaki warga asing yang mendakwa telah meletakkan bom di kawasan berhampiran pusat membeli-belah dan hotel.

“Warga asing itu menyuruh agar menghentikan sokongan terhadap Palestin,” katanya.

Pada pukul 6.30 petang pihakk nya mengatur tindakan bagi kerja pengesan bom seperti yang didakwa.

Dianggarkan 9000 pengunjung dan 892 penghuni hotel juga diarahkan keluar dari tempat kejadian.

Sephora discount
Team Sentap

Team Sentap

Saya Abang Sentap, penulis di dalam dunia maya yang suka berkongsi pandangan tentang isu semasa, memberi tip berguna untuk kehidupan seharian, dan juga menyelitkan sedikit hiburan dalam pengembaraan kita melalui blog ini. Saya berharap bahawa tulisan-tulisan saya akan memberikan manfaat dan sedikit keceriaan kepada anda. Jomlah kita terus berinteraksi di sini!

Related Post