5 Langkah Masak Steak Yang Mudah!

Masak Steak 1

Ok admin nak kongsikan cara masak steak yang mudah kat rumah. Daging boleh beli kat mana-mana ya. Jangan besar atau tebal sangat. Dalam 200g-250g just nice.

Rasa memang takkan sesedap macam Projek Maging Steakhub laa..tapi kalau nak cuba boleh try cara yang admin kongsikan ni.

Langkah 1
———-

Masak Steak 1

Sapukan steak anda dengan olive oil dan sedikit garam laut dan lada hitam secukupnya

Langkah 2
———-

Pastikan pan anda dipanaskan secukupnya. Pastikan dah panasss tau. Letakkan steak anda dalam pan yang dah panas tu, masakkan daging selama 6 minit untuk medium-rare, atau doneness yang anda prefer, dan bolak-balikkan dia setiap satu minit.

Langkah 3
———-

Kalau nak lebih rasa, sapukan butter setiap kali dibalikkan. Pergh sodap tu!

Langkah 4
———-

Bila dah puas hati dan masak ikut doneness yang anda inginkan, letakkan dalam pinggan, restkan steak selama 2 minit. Jus steak akan keluar tapi jangan dibuang!

Langkah 5
———-

Anda boleh hiris dalam potongan kecil, dan ambik jus steak tadi dan taburkan aja atas steak yang dipotong tu. Dan silalah makan! Jangan lupa hias2 apa yang patut. Makan daging mestilah ada sayur mayur sikit ok?

Kalau rasa bermanfaat bolehlah share!

Sumber: https://www.facebook.com/projekmaging/posts/1166314720158083

Baca juga: Toyota C-HR Modellista Impulse Yang Super Menawan