Archive for the "Kartoon" Category

Naruto merupakan salah satu anime dan manga yang aku gemari. Setiap minggu mesti mencari untuk baca manga ni. Minat dengan naruto semasa zaman belajar di university dulu. Dari mula naruto dikeluarkan sampai adanya naruto shippuden ni. Kalo sesiapa yang tak tau ape itu anime. Cerita naruto ini pasal ape. Boleh aje tanya dengan pakcik google. :) Silalah tengok dari episod satu. Memang anda tidak akan menyesal. Read the rest of this entry »

Ini adalah ucapan dari Animonsta Studios di youtube channel mereka:

Animonsta Studios ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam dan juga Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-54 Malaysia! Terbaik!

Animonsta Studios would like to wish Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin to all Muslims other there and Happy 54th Independence Day Malaysia! Terbaik!

Ini pulak ucapan dari sentap.com:

Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua rakyat Malaysia yang beragama islam. Selamat bercuti kepada semua warga Malaysia. Berhati-hati apabila di jalan raya. Ingat orang yang tersayang. Sabtu ni aku nak balik kampung kat Muar, Johor. Mungkin seminggu takkan ade update. Almaklum lah kat kampung internet tak ok sangat. Akhir kata selamat hari merdeka juga. :)

Bermula 3 Julai ini, Siri animasi dari Animonsta akan bersiaran di TV3 selama setengah jam pada pukul 7 malam. Sebanyak 4 episod akan bersiaran mulai minggu hadapan setelah berhenti selama beberape bulan. Baki 5 episod akan disiarkan pada cuti sekolah hujung tahun ini. Setiap musim mempunyai 13 episod.

Berikut adalah watak-watak dalam siri Boboiboy dan kuasa mereka: Read the rest of this entry »

Idea kreatif ini adalah dari Junior Chamber International, PJ. Marilah kita layan video ini sama-sama untuk dijadikan pembakar semangat untuk mencapai apa yang kita mahukan. Fikirkan semasa kita kecil, apa sahaja boleh dilakukan. Ini boleh disamakan dengan semangat yakin boleh atau yakin pada diri sendiri. Kalo boleh jangan kasi seribu satu alasan atas setiap perkara baik yang ingin kita laksanakan. Malaysia Boleh!!! :D Read the rest of this entry »

Sape sini yang minat main game pokemon ni?? Teringat pula masa zaman dok seronok main tapi main kat pc ajelah. Adik aku pun dok asik main game ni aje. Dari pagi sampai ke malam. Ade pokemon gold, saphire, silver dan banyak lagi la. Siap semua pokemon telah berjaya ditangkap termasukla lagendary pokemon. Sekarang ni dah tak ingat ape nama lagendary pokemon tuh.Sekrang ni dah tua bangka jadi kenangan aje lah. Read the rest of this entry »