5 Iklan Raya 2017 Yang Paling Terbaik

dugaan raya aida

dugaan raya aida

Kita sudah pun memasuki 10 hari terakhir Ramadhan. Semakin dekat dengan hari raya, semakin banyak syarikat yang menerbitkan iklan-iklan untuk hari raya. Tahun ini, iklan yang terhasil memang semuanya menarik dan terbaik.

Nilai-nilai murni yang diterapkan dalam iklan boleh dijadikan sempadan untuk kita semua. Disini, kami senaraikan 5 iklan terbaik mengikut pandangan kami.

5- Iklan Pos Malaysia.

Mengisahkn seorang posmen menghantar surat dari seorang budak yang kurang upaya kepada Atuknya yang buta. Jom tonton video dibawah ini.

4- Iklan Digi

Mengisahkan seorang pemuda yang akan pulang ke kampung tanpa sebarang hadiah atau pemberian untuk familynya. Yang hebatnya, beg dia boleh kejap besar kejap kecil. Sila tonton video dibawah.

3- Iklan MYNIC

Agak panjang video ini, hampir 15 minit. Namun, ia mengisahkan Adam yang sudah berjaya tetapi sentiasa mengikut kehendak isterinya Zara sehinggakan sanggup membatalkan rancangan asal untuk pulang kekampungnya sendiri.

Adam sanggup mengecewakan ibunya demi membuatkan Zara kembali tersenyum di hari raya. Nasib baik menyesal akhirnya. Kalau tak memang kejam Adam dan Zara. Jom tonton video ini.

2- Iklan KFC

Kisah hubungan anak beranak. Si Abah yang sentiasa ceria dan bergurauan dengan semua orang sehingga hayatnya. Apa yang akan terjadi kepada si anak selepas pemergian ayahnya? Jom tonton sekarang.

1- Iklan TNB

Iklan yang ceria mengisahkan dugaan yang dihadapi oleh Aida untuk pulang ke kampung. Terpaksa menghadapi tekanan kerja dan kewangan untuk memenuhi keinginan adik-adiknya. Bagaimana kisah akhir Aida? Sila tonton.

Baca juga: 10 Gambar “Dirosakkan” Selebriti Yang Menjadi Karya Agung

10 Gambar “Dirosakkan” Selebriti Yang Menjadi Karya Agung

Anda cuba untuk menangkap gambar yang sempurna dan tiba-tiba ada orang yang tidak dikenali menyusup ke belakang anda dan merosakan segalanya. Argh, amat menjengkelkan! Tetapi mungkin sikap anda akan berubah apabila anda dapati bahawa gambar anda telah “dirosakkan” oleh selebriti.

Kami dapat mengumpul 10 gambar yang paling epik di mana selebriti “merosakkan” gambar orang yang tidak dikenali.

1- Arnold Schwarzenegger

2- Steven Tyler

3- Nicolas Cage

4- Zach Braff

5- Kevin Spacey

6- Dwayne Johnson – The Rock

7- Queen Elizabeth II

8- Aaron Paul

9- Wil Wheaton

10- Prince Harry

Baca juga: 5 Langkah Masak Steak Yang Mudah!

5 Cara Mudah Latih Diri Untuk Bangun Pagi

Adakah anda sentiasa komited untuk bangun tidur lebih awal dan sentiasa gagal berbuat demikian? Rileks, anda tidak bersendirian.

Bangun awal memang menjadi masalah sukar bagi beberapa orang, jadi bagaimana cara melatih diri agar mudah bangun lebih awal setiap hari? Berikut ini beberapa cara yang boleh membantu anda bangun pagi.

Tutup lampu bilik

Tutup kesemua lampu, biar anda dalam keadaan gelap. Ini boleh mambantu anda untuk tidur lebih awal.

Jauhkan gajet dari tempat tidur

Kalau dah duduk dalam bilik, tak payah nak belek telefon lagi. Off telefon dan nikmati tidur yang lena. Gajet adalah penyebab utama anda tak cukup tidur dan selalu bangun lewat

Bersenam setiap pagi

Amalkan aktiviti bersenam setiap pagi agar hidup anda kekal aktif. Tahukah anda bahawa bersenam di waktu pagi mampu memberikan anda semangat yang luar biasa sepanjang hari? Jika anda selalu rasa penat, lakukan senaman!

Mandi awal pagi

Paksa mata untuk bangun pagi, motivasikan diri untuk rajin mandi awal pagi. Jangan mandi air panas, mandi dengan air sejuk. Pasti mata akan lebih segar.

Sentiasa berfikiran positif sebelum tidur

Jika anda inginkan tidur yang lena dan mudah untuk bangun di awal pagi, kosongkan fikiran anda dan sentiasa berfikiran positif. Walau besar mana pun masalah anda, jangan bawa masalah anda hingga ke tempat tidur.

Sumber: Hanasuva

Baca juga: 27 Gambar Yang Menunjukan Kemewahan Warga Dubai

27 Gambar Yang Menunjukan Kemewahan Warga Dubai

Tiada kata yang boleh digunakan untuk menggambarkan kehidupan orang di Dubai.

Orang Dubai kekayaan dia bagaimana? Foto-foto di bawah ini boleh menjelaskan betapa makmurnya Dubai yang dilimpahi kurniaan rezeki.

1. Mendongak ke atas, yang dilihat bukan langit tetapi beribu-ribu ikan laut yang sedang berenang.

2. Ini bukan lagi perlumbaan kereta, tetapi kereta milik penduduknya yang mewah.

3. Kita berterusan bekerja dari pagi sampai malam, berbeza dengan mereka, siang- siang boleh membawa unta untuk berjalan-jalan di pantai.

4. Bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, Burj Khalifa ketika dihiasi pertunjukkan bunga api.

5. Di Malaysia, umur masih bayi belum tentu boleh memiliki emas, lain pula di Dubai, masih bayi sudah boleh hisap puting emas.

6. Apabila orang Dubai berbelanja. Cuba tukarkan AED ke RM, anda pasti terkejut melihat jumlahnya!

7. Mahu berdiri di atas awan? Datang saja ke Dubai, anda boleh menaiki lif kelajuan pantas sehingga menembus awan!

8. Kereta bersalut emas. Jangan terkejut, kereta seperti ini sudah menjadi pemandangan biasa di Dubai.

9. Harga iPhone 7 yang mahal pun kalah dengan telefon emas ini!

10. Bersantai cara orang Dubai, bersiar-siar menaiki pesawat peribadi.

11. Salah satu pusat membeli belah di Dubai.

12. Taman bunga berwarna-warni di Dubai ini sangat indah bukan?

13. Alat permainan yang juga diperbuat dari emas.

14. Biar betul tong sampah pun turut berjenama beg tangan mahal LV?

15. Padang tenis tertinggi.

16. Menerbangkan jet peribadi di Dubai sudah menjadi perkara yang biasa.

17. “Saya beli pulau ni.. saja untuk bersantai di hujung minggu…”

18. Kereta polis peronda di Dubai.

19. Orang lain meluncur di laut, orang Dubai meluncur di padang pasir.

20. Uber di Dubai.

21. Starbucks pun dah nampak macam istana.

22. Pemandangan jalan yang mewah dan canggih.

23. Kereta bertahta berlian.

24. Bangunan unik rekaan artikek moden.

25. Haiwan peliharaan orang Dubai juga comel.

26. Hobi koleksi kereta-kereta mewah.

27. Pemandangan Dubai di waktu malam.

Lepas melihat gambar-gambar rasa nak melancong ke sana pula. Bagaimana dengan anda? Jangan lupa share ya!

Sumber: Coco

Baca juga: 5 Langkah Masak Steak Yang Mudah!

5 Langkah Masak Steak Yang Mudah!

Masak Steak 1

Ok admin nak kongsikan cara masak steak yang mudah kat rumah. Daging boleh beli kat mana-mana ya. Jangan besar atau tebal sangat. Dalam 200g-250g just nice.

Rasa memang takkan sesedap macam Projek Maging Steakhub laa..tapi kalau nak cuba boleh try cara yang admin kongsikan ni.

Langkah 1
———-

Masak Steak 1

Sapukan steak anda dengan olive oil dan sedikit garam laut dan lada hitam secukupnya

Langkah 2
———-

Pastikan pan anda dipanaskan secukupnya. Pastikan dah panasss tau. Letakkan steak anda dalam pan yang dah panas tu, masakkan daging selama 6 minit untuk medium-rare, atau doneness yang anda prefer, dan bolak-balikkan dia setiap satu minit.

Langkah 3
———-

Kalau nak lebih rasa, sapukan butter setiap kali dibalikkan. Pergh sodap tu!

Langkah 4
———-

Bila dah puas hati dan masak ikut doneness yang anda inginkan, letakkan dalam pinggan, restkan steak selama 2 minit. Jus steak akan keluar tapi jangan dibuang!

Langkah 5
———-

Anda boleh hiris dalam potongan kecil, dan ambik jus steak tadi dan taburkan aja atas steak yang dipotong tu. Dan silalah makan! Jangan lupa hias2 apa yang patut. Makan daging mestilah ada sayur mayur sikit ok?

Kalau rasa bermanfaat bolehlah share!

Sumber: https://www.facebook.com/projekmaging/posts/1166314720158083

Baca juga: Toyota C-HR Modellista Impulse Yang Super Menawan

Toyota C-HR Modellista Impulse Yang Super Menawan

Ramai yang tertanya-tanya bilakah kereta akan berada dalam pasaran Malaysia dan berapakah harganya.

Kami dapati, jika anda hendak membeli kereta ini diimport dari Jepun harganya akan menjadi dalam lingkungan RM170,000.00 beserta dengan harga cukai. Tetapi pihak UMW Toyota ada jawapan untuk persoalan tersebut.

UMW Toyota akan memasang kereta ini di kilang baru mereka di Bukit Raja. Dengan pemasangan di dalam negara dan status EEV harga kereta ini dalam diturunkan dalam lingkungan RM120,000.00. Harga ini agak berpatutan untuk kebanyakan rakyat Malaysia.

Kereta ini akan berada di bilik pameran pada suku pertama 2018 iaitu 10 bulan dari sekarang. Marilah kita mula menabung

Berikut adalah beberapa gambar Toyota C-HR Modellista Impulse dengan body kit yang bergaya.

Baca juga: Iklan Kempen Raya Naelofar Hijab Bertajuk True Love Trending di Youtube

Iklan Kempen Raya Naelofar Hijab Bertajuk True Love Trending di Youtube

Selepas dua hari video iklan ini diupload di Youtube ia terus trending dan pada jam ini berada pada kedudukan no ke-9. Orang kata video ini ada kaitan dengan percintaan Neelofar dengan bintang paling popular Berita Harian hari tuh.

Btw, video ini ada sinopsis sikit. Kalau taknak baca boleh skip tengok video tersebut kat bawah sekali.

Sinopsis

“Dua insan bertemu secara kebetulan. Pertemuan pandang pertama membuahkan perasaan dan keserasian. Cinta membenih tanpa sedar, berbunga dan mekar. Ia tumbuh bersama kepercayaan dan kejujuran. Namun, adakah setiap pertemuan itu berkekalan? Jarak dan waktu selalu mencemburui dua insan yang saling mencintai. Siapa diantara mereka yang sanggup berkorban? Atau apakah pertemuan mereka hanya sekadar persinggahan? #naelofaraya2017 #NHtruelove”

Video Iklan NH Raya Campaign – True Love

Baca juga: